Monday 31 March 2014

KIPMART MELAKA

 PEMBUKAAN BARU 29/3/2014 - KIPMART MELAKA

Hari minggu pastinya lebih seronok jika dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Masa sangat berharga dan tidak mungkin akan dapat diundurkan.  Pada hari Sabtu 29/3/2014 Kipmart Melaka telah pon dibuka.  Cik Piah dan keluarga abang Cik Piah telah pergi ke sana untuk memenuhi masa yang terluang dan juga ingin melihat produk-produk yang terdapat di Kipmart Melaka. Memandangkan Kipmart cawangan Melaka ini baru dibuka pastinya banyak jualan murah dan promosi hebat diadakan (cara orang perempuan berfikir).

Lokasi Kipmart Melaka ini adalah terletak di Jalan Bachang Baru 3, 75350 Melaka.




lokasi kipmart

Kipmart Melaka sangatlah besar dan mempunyai 2 tingkat.

Sebelum memulakan perjalanan. Marilah kita bersama-sama membacakan doa naik kenderaan supaya perjalanan kita mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT.

Bismillahirahmanirahim..



singgah sebentar di stesen minyak. Pam tayar kereta.


perkara yang harus dilakukan sebelum melakukan sebarang perjalanan jauh mahupun dekat perkara-perkara seperti ini haruslah dititikberatkan apatah lagi apabila melibatkan banyak nyawa.


muka teruja adik Haha semasa dalam perjalan hendak pergi ke Kipmart Melaka. Gembira sungguh. Cik Piah pula memang suka tangkap gambar dia. Yang kakak dia pula suka mengacau. Tumpang ambil gambar sekaki..


Alhamdulilah telah selamat sampai di Kipmart Melaka.  Cuaca ketika itu gerimis mengundang. Mendung saja.  Salah satu matlamat utama adalah untuk pergi cari laptop untuk abang Aye. Jadi masuk sahaja dalam Kipmart ini tempat pertama yang kami pergi adalah 


memang ramai yang masuk kedai ini. Tak tahulah hendak cari apa. Cik Piah pun pergi tinjau-tinjau apa yang patut. Ada satu laptop ini jenama Acer.  Memang cantik, warna perak, siap ada corak-corak lagi, memang cantik, tapi sayang kami tak sempat beli laptop itu sebab stoknya sudah habis.  Harga baru RM1299.  Lengkap semua siap difomatkan sekali menggunakan windows 8.1.  Orignal windows. Memang terbaiklah..


Pertandingan yang diadakan adalah 
bagi dewasa pertandingan makan kuih bahulu, sedap tu.  
manakala untuk kanak-kanak pula pertandingan makan burger Marrybrown dan juga tarian 'Chicken Dance'
Anak buah Aye masuk dua-dua pertandingan, walaupun tak menjadi pemenang nombor satu, tetapi hadiah saguhati yang berupa baucer makanan RM5 yang boleh ditebus di mana-mana sahaja Marrybrown. 


 Tupai tanah, maskod Marrybrown. Entah siapa-siapa dalam patung itu pon Cik Piah tak tahulah, yang penting Cik Piah dapat ambil gambar sudahlah. Muka adik Haha yang sedang takut, selalu tak takut ambik gambar, kali ini takut pulak dia...


setelah penat ke hulu ke hilir berjalan-jalan, kami pun naik ke tingkat dua untuk menikmati minuman ini. apa ya nama minuman ini?lupalah...Harga sebenar RM3.50. Boleh tahan juga mahalnya.tapi kami kena tambah RM1.50 je sebab dapat baucer promosi pembukaan sebanyak RM2 setiap orang dewasa yang datang ke Kipmart.


 muka teruja tengah tunggu minuman yang kami pesan. Haha ini memang suka ambil gambar.  pantang nampak 'flash' kamera mesti dia akan tersenyum macam itu. Tapi takpalah dia selalu jadi subjek utama kalau Cik Piah tangkap gambar. Cik Piah berada di situ dari petang hingga ke malam. Kalau diikutkan memang penat sampai tidak terkata. Menunggu laptop di format juga makan masa. Tapi yang penting kita seronok.


Aktiviti yang akan datang..pada 19/4/2014 penyampai radio Era iaitu Haniff dan Ray akan berada di situ untuk program sempena pembukaan Kipmart Melaka bermula pada jam 2 petang.silalah bawa keluarga dan anak-anak anda berkunjung ke Kipmart Melaka ya..

0 comments: