1.
Minum banyak air,minum,minum dan minum! Jangan minum air bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi
air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat
membantu membuang toksin dalam badan,menjaga kesihatan kulit
dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
2.
Bersenam ! Baik untuk kesihatan dan juga kecergasan minda! Berjalan dan mengemas rumah juga merupakan satu bentuk senaman
yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangun tidur,
cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali
peredaran darah.
3.
Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan
juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu itu..jadi kenapa
nak merokok? Hendak kuruskan badan? Kurus sebab merokok
hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika anda memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti anda lebih hendak sihatkan?
4.
Tidur yang cukup. Jangan asyik berjaga waktu
malam. Waktu malam hanya dikhaskan untuk tidur? Tidak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata
lebam.
5.
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat
dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas!
Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur.
Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu
ini...cukuplah dgn wajah yg bersih
6.
Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jangan
sebab hendak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan
ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan
tenaga dan vitamin yang diperlukan badan tetapi
jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan
bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.
7.
Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti
membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau
nikmati saja mandian buih di rumah! Tidak semestinya di salun Anda
juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di
rumah.Jika rajin, cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan
lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai
energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
8.
Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses
penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan
ketegangan.
9. Sentiasa tenang dan positif. Anggap diri anda hebat
dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat! Jika kita
yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!
0 comments:
Post a Comment