Tuesday 22 April 2014

FAIL MEJA PEMBANTU MAKMAL SEKOLAH GRED C 17

Assalammualaikum.. Salam hamba hulur tanda  ingatan
Holla semua!

Yuhu, sekian lama tidak mengupdate sebarang entry kat halaman cik piah ni, arini cik piah nak kongsi satu lagi ilmu dengan anda semua especially, kepada semua rakan sejawat dengan cik piah.

Anda semua, terutama rakan-rakan seangkatan dengan cik piah mesti sangat-sangat familiar dengan fail meja ni, anda semua harus ada fail meja tersendiri. Apa itu fail meja?

Fail meja adalah merupakan dokumen rujukan bagi peringkat individu/jawatan. Dokumen ini juga mengandungi 
1.carta jabatan/pejabat yang menunjukkan kedudukan individu dalam jabatan/ pejabat tersebut
2. Objektif jabatan dan bahagian di mana individu ini ditempatkan 
3. Prosedur kerja yang terlibat dalam jawatan individu berkenaan.

Tujuan utama fail meja diwujudkan adalah apabila mereka jelas mengenai arah tuju jabatan/pejabat dan juga mengenai peranan yang perlu dilaksanakan serta mempunyai garis panduan yang lengkap bagi menjalankan tugas, segala tugas yang mereka jalankan  dapat dilakukan dengan cekap dan sempurna serta dapat mengelakkan kelewatan dalam menyelesaikan sesuatu kerja. Fail Meja dapat meyumbang kepada peningkatan kecekapan serta keberkesanan jabatan/pejabat.

jom kongsi!





Antara isi kandungan yang terdapat di dalam sebuah fail meja.

*Untuk maklumat lebih lanjut dan mendapatkan contoh fail meja yang lengkap sila tinggalkan komen anda berserta dengan alamat email.

Selamat Maju Jaya Semua!




Tuesday 15 April 2014

UNTUKMU- FEMININ

Assalammualaikum. Salam hamba hulur tanda ingatan,
holla semua!.

Penatnya hari ini, terkejar-kejar rasanya pagi tadi Cik Piah buat kerja. Tapi untuk sesuap nasi, ku gagahkan juga. Hari ini Cik Piah kurang sikit tekanan walaupun banyak kerja. Tapi Cik Piah tak mahu cerita pasal kerja yang hari ini, Cik Piah mahu kongsikan cerita semalam. Semalam punya cerita  Cik Piah punyalah stress dengan adalah orang tu. Stress tidak terkatalah, dan disebabkan stress, Cik Piah rasa macam hendak pergi karaoke perkena dua tiga lagu ke. Tapi kalau hendak pergi ke karaoke bilik ke karaoke jamban ke memang tidaklah. Jadi Cik Piah pon mengodek-godek movie maker Cik Piah , dan terhasillah satu lagu yang boleh Cik Piah buat karaoke..

Jom layan lagu yang Cik Piah sudah buatkan ini ya..


Inilah antara lagu kegemaran yang selalu Cik Piah dengar, Cik Piah kalau lagu ini berkemundang di corong-corong radio pasti Cik Piah akan ikot sekali menyanyi. Walaupun suara tidaklah berapa sedap mana pun. Tapi Cik Piah layankan saja. Bukan ini sahaja lagu yang Cik Piah minat, tapi ada lagi beberapa lagu dari kumpulan Feminin ini yang Cik Piah minat, antaranya adalah Hanya Sekali dan lain-lain lagi. Lagu ini juga sering mengingatkan Cik Piah akan zaman kegemilangan Cik Piah (huh! berangan habis). Tak adalah, lagu ini sering mengingatkan Cik Piah dengan zaman Cik Piah belajar dolu-dolu. Cik Piah tidaklah pandai mana pun, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia pon memang ke laut. Kalau ke bulan ke, ke bintang ke , seronok jugalah. 

Tapi, dah tu je rezeki yang Cik Piah dapat . Itulah zaman sekolah dulu malas hendak ke sekolah, selalu keluar, tapi tidak pernah ponteng, keluar pun sebab  menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah juga. Cuma masa itu memang Cik Piah ini malas, karang pun tiru kawan sebelah, almaklumlah, rakan sebelah wakil sekolah dalam pidato, ayat penulisannya, memang cenggini berbunga-bunga. Kalau harap Cik Piah, berbunga-bunga takde, bunga tahi ayam adalah. 

Tapi sekarang ini, hari-hari pergi sekolah. Ambik engkau, itulah, rajin sangatkan masa dekat sekolah dulu. Sampai ke tua lah pergi sekolah lagi. Sedih, sedih. Tak apalah, sudah tertulis suratan Cik Piah akan berada di sekolah sampai ke tua, hendak buat macam manakan. Redha, redha.

Tapi apa-apa pun jom kita layan lagu ini. Dibuat khas untuk Cik Piah sendiri.
Selamat mendengar semua!




Monday 14 April 2014

DISETIAP PAGIKU

Assalammualaikum. Salam hamba hulur tanda ingatan..

Setelah sekian lama bercuti, cewah,  cutilah sangatkan. Cuti sabtu dan ahad yo, hari ini Cik Piah telah pun memulakan tugas Cik Piah semula. Waktu kerja Cik Piah bermula seawal jam 7.00 pagi. Awal wooo.. Tapi disebabkan untuk mencari rezeki untuk anak tekak ni, ku teruskan juga segala pejuanganku. 

Setiap pagi Cik Piah telah ditugaskan untuk menjaga pejabat( takut pejabat lari) ahaks, sehingga adalah salah seorang orang yang bekerja di pejabat datang. Selalunya pukul 8.00 baru diorang datang. Jadi setiap hari Cik Piah akan menjaga pejabat dari pukul 7.00 pagi hingga 8.00 pagi dan kemudian, barulah Cik Piah datang meneruskan tugas hakiki Cik Piah. Tapi kalau ada cikgu yang hendak buat aktiviti ke apa ke, awal-awal lagi Cik Piah dan angkat kaki, cabutlah, mestilah keutamaan harus diberikan kepada tugas hakiki Cik Piah. Betul tidak? Takkan hendak menyusahkan orang lain. Kami sudahlah tidak ramai. 

Sambung cerita lain pulak. Setiap hari, pagi-pagi lagi Cik Piah akan menghadap benda alah ni. Cik Piah punya kerja merangkap banyak jawatan, jadi redha sajalah. Hendak buat macam mana, saya yang menurut perintah. Tapi kadang-kala tidak terturut juga.


Ini adalah sistem maklumat yang digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tugas Cik Piah sekarang ini adalah mengesahkan e keberadaan guru. Tujuannya adalah bagi merekodkan mana-mana guru yang tiada di sekolah. Sistem e keberadaan guru ini haruslah disahkan sebelum pukul 8, kalau tidak satu Malaysia kecoh nanti
Semenjak dua menjak ini, sistem yang kerajaan punya, memang terbaiklah!! Pelbagai e yang ada dalam sistem kerajaan. Tapi tidak semua  yang Cik Piah tahu, yang Cik Piah tahu, cuma e operasi, espkb (* yang ini tiada kena mengena dengan Cik Piah punya kerja) dan banyak lagilah. Cuma yang belum ada lagi adalah e kau ni. 

Ketua pembantu tadbir sudah pun tiba, Cik Piah pun hendak angkat kaki, hendak tunggu apa lagi. 
Jom semua.

Selamat Maju Jaya!

Wednesday 9 April 2014

MAKMAL - AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum. Salam hamba hulur tanda ingatan..

Musim cuti sekolah kembali lagi. Pastinya saat yang di nantikan oleh kebanyakan pelajar sekolah tidak kira di mana saja mereka berada. Kami, 'Geng Bas Sekolah' juga tidak terlepas menikmati keseronokan cuti sekolah (seronoklah sangatkan). Pastinya sebelum cuti sekolah tiba lagi kami telah pun merencanakan apakah aktiviti yang kami lakukan pada musim cuti sekolah memandangkan pelajar sebagai klien kami tiada dan sedang seronok bercuti.

Bermulalah kisah kami 'Geng Bas Sekolah'. Pengubahsuaian bumbung sedang dilakukan di tempat kerja Cik Piah, dan bangunan yang pertama dibuka bumbungnya adalah bangunan di mana terletaknya bilik persediaan Cik Piah dan juga makmal. Semasa buruh-buruh binaan itu sedang membuka bumbung di kawasan bangunan bilik kami, dengan sengaja atau tidak mereka telah pon terpecahkan saluran tangki air di bangunan tersebut. Akibatnya, terlalu banyak air yang melimpah ruah keluar seperti di ladang gandum..

Memandangkan semasa itu merupakan musim ketiadaan air, memang Cik Piah pandang air itu sepi saja. Rugi sungguh air terbuang begitu saja. Mereka yang melakukan kerja-kerja tersebut juga tidak mengambil apa-apa insiatif untuk mengatasi masalah tersebut (kurang ketanggungjawaban sungguh anda!)

Mahu atau tidak, pihak pengurusan sekolah terpaksalah mengambil langkah lain bagi mengatasi masalah ini. Pelbagai perkara telah dilakukan, namun masalah ini tetap juga tiada kesudahannya, sedihkan. Namun apa yang lebih mengejutkan adalah bangunan yang berjiran dengan kami pula yang banjir. Apa sudah terjadi ini. Sepatutnya bangunan kami yang banjir, ini bangunan sebelah pula. Inilah kata perpatah, 'cubit peha kanan peha kiri terasa'. Agaknya bangunan sebelah kesian dekat kawan dia yang dilanda kebanjiran ini.

Dan yang paling sadis sekali adalah kami. Dengan keadaan yang sebegitu rupa, bangunan kami terpaksa di tutup saluran elektrik bagi mengelakkan berlakunya litar pintas. Kami terpaksalah berpanas. Keadaan sebegini berlanjutan sehingga lebih kurang seminggu lebih. Macam sauna pun ada.

Disebabkan banjir yang berlaku, bangunan kami telah di tumbuhi dengan kulat. Pertumbuhannya sangatlah pesat. Kalau tidak percaya cuba tengok gambar di bawah ini.



Betulkan, ngeri betul Cik Piah tengok benda itu.

dan cuba tengok gambar dekat bawah ini, itulah saluran elektrik. Air yang banjir itu telah turun dari tingkat tiga ke tingkat dua melalui saluran elektrik. Bahaya sangat-sangat kalau macam itu kerana air merupakan pengalir elektrik yang sangat-sangat baik.



Jadi sewaktu cuti sekolah inilah antara aktiviti yang kami lakukan iaitu kerja-kerja pembersihan. Kalau ikutkan mahu saja minta ganti rugi daripada orang yang sepatutnya yang mendatangkan masalah ini.



rakan-rakan sekerja yang bersama-sama bertungkus lumus membersihkan bilik stor makmal.


Kerja-kerja pembersihan ini memakan masa lebih agak lama. Selain itu, kami juga membuat keceriaan mural dan lain-lain lagi untuk menaik taraf makmal sekolah. Tapi tidaklah sehingga mencapai sasaran makmal lima bintang.
Sekian..
SELAMAT MAJU JAYA SEMUA.


Friday 4 April 2014

Riang Ria

Assalammualaikum semua....

Kali ini Cik Piah hendak kongsikan gelagat-gelagat anak-anak buah Cik Piah yang semakin membesar dengan pesat sekali. Kita layan video yang Cik Piah buatkan khas untuk mereka..
Jom tonton.




Yang paling bising...
Yang paling aktif...
Yang paling baik...

Love you all...




Ustaz Haslin Bahrin - 11 Februari 2014





Ceramah Oleh :  Ustaz Haslin Bahrin @ di Kenali sebagai Ustaz Bollywood..


Antara ustaz yang sering muncul dalam kaca-kaca TV terutama dalam program-program agama iaitu Ustaz Haslin Bahrin. Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang ilmu agama,  Ustaz Haslin menjadi salah seorang ustaz pilihan dan semakin popular sekarang ini.

Ustaz Haslin Bahrin juga merupakan salah seorang perceramah yang Cik Piah minati kerana bukan sahaja intipati ceramahnya bagus, malah cara penyampaiannya sangat jelas dan terang. Mudah itu difahami dan juga diikuti.

Ustaz Haslin Baharin juga kini  muncul dalam rancangan 'Anta Tanya Ana Jawab'  siaran Astro Oasis 106 ,bergabung bersama Angah Raja Lawak'.

Mari kita sama-sama mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Haslin Bahrin untuk menambahkan lagi pengetahuan kita tentang pengertian tentang Islam yang sebenar.
Islam itu Mudah dan Memudahkan.

Jika Kita Mengejar Akhirat Dunia akan mengejar kita, tetapi jika kita mengejar dunia akhirat akan meninggalkan kita.  Selamat Beramal.

TILIK NASIB

Sebelum pergi kerja, jika berkesempatan selalunya Cik Piah akan menonton TV sebentar bagi mengikuti rancangan Bismillah yang disiarkan di 'Channel' TV3 setiap jam 6.30 pagi hingga 7.00 pagi. Baru-baru ini rancangan Bismillah telah membincangkan topik yang sangat menarik perhatian iaitu "TILIK NASIB".

Umumnya apabila disebut tilik dengan tilik nasib semestinya kita tidak kira bangsa, keturunan dan juga agama sudah pastinya mengetahui tentang hal ini. Malaysia dan juga tidak kira tempat mempunyai pelbagai kepercayaan dan juga agama. Bagi sesetengah agama yang lain tilik nasib merupakan salah satu perkara yang dijadikan sebagai satu kepercayaan.

Agama Buddha contohnya, sangat mempercayai akan perbuatan tilik nasib ini. Apa yang akan berlaku masa sekarang dan yang akan datang juga dilihat melalui tilik nasib. Kebiasaanya tilik nasib ini sering menggunakan kad yang dicabut ataupun apa sahaja benda yang boleh dikaitkan dengan mereka.

Namun, bagi agama Islam pula tilik nasib merupakan salah satu perbuatan khurafat yang harus kita jauhi. Pelbagai implikasi negatif yang akan berlaku sekiranya kita mengamalkan perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam ini.

Antara implikasinya adalah akan merosakkan akidah kita sebagai umat Islam khususnya. Walaupun terdapat segelintir masyarakat Melayu kita masih lagi mempercayai perbuatan ini, namun tanpa mereka sedari sebenarnya mereka telah pon membawa diri kepada satu dimensi yang akan merosakkan diri mereka sendiri.  Apabila mereka mempercayai sesuatu yang belum tentu pasti lagi , sebagai contohnya, 'Pak Man telah pergi menilik nasib, tabib penilik nasib itu telah menyatakan bahawa Pak Man akan ditimpa kecelakaan dan ditimpa kemiskinan pada suatu hari nanti', maka dengan itu Pak Man terus mempercayai apa yang dikatakan oleh tabib itu dan hidup dalam kerisauan tanpa menyerahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa. Hal ini menunjukkan bahawa sedikit sebanyak tanpa disedari Pak Man telah mempercayai sesuatu yang khurafat.

Selain itu juga, menilik nasib ini juga akan menyebabkan berlaku permusahan dalam kalangan kita. Sebagai contoh jika seseorang itu pergi menilik nasib akibat ditimpa musibah, dan tabib penilik nasib telah menyatakan bahawa musibah yang ditimpa adalah disebabkan perbuatan khianat orang yang terdekat, hal ini sudah pastinya mengundang permusuhan di antara dua individu. Pastinya di antara dua pasti ada yang ketiga iaitu syaitan. Ia pasti gembira apabila melihat di antara manusia yang saling bertelingkah disebabkan pekara yang belum tentu kebenarannya.

Jesteru itu, segala pergantungan kita haruslah hanya pada Allah SWT. Jangan kita merosakkan segala amalan baik yang telah kita laksanakan disebabkan kepercayaan kita kepada perkara  yang tidak sepatutnya. Apa juga yang berlaku merupakan ujian dan juga kifarah untuk kita. Segala yang baik datangnya dari Allah SWT dan segala yang lemah datang dari diri kita sendiri.

*Ilmu yang ada dikongsi bersama*