Tuesday, 1 April 2014

RAHSIA DISEBALIK WARNA

Kuning, Merah, Biru, Putih merupakan warna yang digunakan dalam Jalur Gemilang.  Tahukah anda mengapakah warna itu yang digunakan dan bukan warna yang lain seperti hijau, jingga, ungu dan lain-lain lagi.  Kajian telah menunjukkan setiap warna mempunyai nilainya yang tersendiri. Contohnya warna kuning yang digunakan dalam Jalur Gemilang yang sentiasa megah berkibar bermakna khusus untuk pemerintahan raja yang berdaulat.

Selain itu, kehidupan kita juga telah dipenuhi dengan warna-warna kehidupan.  Tanpa warna-warna kehidupan, hidup kita seolah-olah sepi tanpa ada apa-apa corak dan cabaran dalam hidup. Kita sering terpukau dengan keindahan pelangi dan juga keindahan alam ciptaan Ilahi.  Warna biru laut mampu memberi ketenangan kepada kita.  Warna hijau mampu memberi perasaan segar di dalam mata dan juga minda kita. 

Warna mampu membongkar misteri disebalik personaliti sesorang.  Warna juga dapat mengungkap sesuatu yang kasar yang tidak dapat ditafsir oleh mata.  Setiap warna menunjukkan personaliti  yang berbeza-beza. Maksud yang tersirat bagi warna adalah lebih jauh bermakna berbanding apa yang tersurat bagi sesuatu permukaan dan juga luaran personaliti seseorang.  Kuasa warna sangat berkait rapat dengan kesan psikologi seseorang dan juga amat berguna bagi menganalisis sistem mental, fizikal, emosi dan juga spritual sesesorang.

Warna dan rahsia disebaliknya.

HIJAU

  • Mengambarkan seseorang yang mementingkan kesejahteraan dan suasana yang harmoni.
  • Mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan mampu membina perhubungan dengan ramai orang.
  • Seseorang yang inginkan dorongan daripada orang lain
  • Mahu diberikan sokongan serta dapat memahami dirinya dan menolak dirinya maju kehadapan
  • Sesorang yang sentiasa memelihara institusi kekeluargaan untuk difikirkan dan dibicarakan

KUNING


  • Warna Kuning menggambarkan seseorang itu mempunyai fikiran yang terbuka dan ceria.
  • Mempunyai daya imaginasi yang terbaik dan bertanggungjawab pada keperluan diri dan orang lain.
  • Mempunyai sikap yang sensitif dan penyayang 
  • pentingkan keselamatan dan keselesaan dalam aspek kehidupan


BIRU


  • Warna biru mengambarkan seseorang yang suka kepada hubungan atau ikatan yang mesra.  
  • Sentiasa memerlukan pengisian yang lebih rapat bagi menghidupkan kasih sayang yang ikhlas ke dalam dirinya. 
  • Seseorang yang peka kepada perasaan orang lain dan dapat menghayatinya.  
  • Suka berbicara dan lebih terbuka bagi membina kenalan baru  namun berhati-hati dalam memulakan langkah yang lebih yakin.
  • Seseorang yang bijak mentaksir dan mengatur bahasa kita.  
  • Seseorang yang sentiasa impikan kedamaian dan keharmonian

MERAH
  • Mengambarkan seseorang yang inginkan kebebasan dan mahu mengejar kejayaan dalam hidup.
  • Sesorang yang ingin mencari kemajuan dan pembaharuan dalam pemikiran dan aktiviti.
  • Seseorang yang mempunyai sikap degil atau hatinya keras dalam menerima sesuatu yang bertentangan dengan pendiriannya.
  • Seseorang yang optimis dan lantang dalam menyuarakan pendapat.

UNGU
  • Mengambarkan seseorang yang memiliki minda yang tinggi.
  • Daya penilaian yang tinggi dan berpandangan jauh.
  • Suka kepada sokongan dan keceriaan
  • Mempunyai cita-cita yang tinggi dan berasa kecewa dengna sikap orang di sekeliling
  • Sangat kreatif dan suka kepada keindahan seni serta berjiwa halus
  • Minat kepada keindahan alam dan muzik.
  • Mempunyai daya kepimpinan yang menarik.

INDIGO
  • Mengambarkan seseorang yang suka berfikir dan banyak bercakap
  • Memiliki bakat kepimpinan yang berpandangan jauh.
  • Bijak menggunakan kepekaan dan pemikaran yang seimbang dalam menilai sesuatu
  • Mementingkan keselamatan dan berhati-hati dalam tindakan.
  • Keunikan warna indigo adalah mempunyai daya tarikan dan kreatif menggunakan gaya dan cara yang tersendiri.
  • Tidak suka menonjolkan diri dan berminat serta cenderong kepada kerohanian dan seni.

JINGGA
  • Seseorang yang bagus dalam hal pekerjaaanya
  • Su ka memberi idea baru
  • Suka bersama kawan-kawan
  • Seseorang yang setia, bertenaga dan kreatif.
  • Sangat beremosi dan kurang keyakinan apabila menghadapi tekanan.

Warna memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita. Ianya menunjukkan sumber keindahan dan kebahagiaan serta mencerminkan personaliti individu.  Melalui warna pakaian yang dipakai, warna yang disukai, dekorasi dan pemilihan warna kediaman yang diduduki , kita dapat mengetahui personaliti seseorang individu tersebut.

Semoga perkongsian ilmu tentang warna ini dapat memberi manfaat memberi kita  dan sedikit sebanyak memberitahu tentang cara mengenali personaliti seseorang.  Ini cuma adalah kajian dan pandangan sahaja.  Apa pun warna kehidupan anda pastikan anda buat yang terbaik untuk bekalan diri sendiri di dunia dan juga di akhirat. Pastikan sentiasa redha atas segala warna warni takdir kehidupan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada. Ini  Wasalam..

0 comments: