Tuesday, 1 April 2014

RAHSIA SEEKOR AYAM & SALMONELLA

SALMONELLA DAN AYAM

Apabila disebut Salmonella pastinya yang berkait rapat dengannya adalah Ayam..

Bila disebut perkataan ayam umumnya tidak mengira umur, kecil, besar, tua , muda pastinya mengenali makhluk ciptaan Yang Maha Esa yang bernama ayam ini.  Dagingnya yang sedap dimakan apabila dimasak apa juga jenis masakan menyebabkan ayam menjadi menu utama setiap hari bagi segelintir masyarakat. Namun begitu, tanpa kita sedari ayam juga telah memainkan peranan yang penting dalam penjagaan kesihatan seharian kita.

Umumnya, menjadi budaya masyarakat zaman kini kurang mementingkan aspek kesihatan dalam permakanan terutamanya apabila melibatkan majlis kenduri yang besar seperti majlis perkahwinan dan juga lain-lain aspek kesihatan dan kebersihan dalam penyediaan makanan sering diabaikan. Tanpa mereka sedari, mereka boleh menyebabkan berlakunya kematian tanpa disangka-sangka

Tahun lepas, masyarakat kita telah digemparkan dengan pemergian beberapa orang tetamu-tetamu yang telah hadir ke sebuah majlis perkahwinan disalah sebuah negeri di Malaysia dan setelah membuat siasatan, pihak berkuasa telah mengenalpasti punca utama kematian adalah disebabkan keracunan makanan.  Mereka yang hadir telah memberitahu kemungkinan ayam yang dimasak dan yang telah dihidangkan sepanjang majlis perkahwinan itu berlangsung tidak cukup masak

Secara amnya, pastinya ramai mengakui kebenaran yang telah diberitahu oleh segelintir tetamu yang lain. Namun, yang tersiratnya kita semua masih tidak tahu bahawa daging ayam mengandungi virus yang boleh mematikan iaitu SALMONELLA.

Apa itu SALMONELLA?

Jangkitan salmonella atau Salmonellosis adalah penyakit bakteria pada saluran instestinal. Salmonella adalah sekumpulan bakteria yang akan menyebabkan demam kepialu, keracunan makanan, gastroenteritis, demam perut dan penyakit lain melanda individu yang dijangkiti . Manusia boleh dijangkiti kebanyakannya melalui air   dan makanan yang tercemar, terutama ayam, spesis burung, daging dan telur ayam. Ianya juga boleh menyebabkan penyakit cirit birit berlaku kepada manusia. Kumpulan Salmonella terdiri daripada 2300 jenis bakteria. Salmonella enteritidis dan Salmonella typhrimurium telah menyebabkan lebih 50 %  jangkitan terhadap individu di USA. Sesetangah jenis Salmonella yang wujud pada manusia mampu membuat haiwan menjadi sakit dan begitu juga sebaliknya. Bakteria ini  akan hidup dalam usus manusia dan haiwan yang dijangkiti.

Apakah itu Salmonellosis?

Salmonellosis merupakan jangkitan yang disebabkan oleh Salmonella.  Secara puratanya, lebih kurang 1.4 juta rakyat Amerika telah menghidap Salmonellosis setiap tahun dimana 500 daripadanya telah didapati mati berdasarkan kepada CDC (Centers for Disease Control and Prevents).  Pada tahun 2004 pihak berkuasa US telah memaklumkan bahawa Salmonella telah menyebabkan jangkitan bakteria sebanyak 42% terhadap manusia  diikuti dengan Campybacter 37 %, Shigella 15% dan E. coli O 157:H7 2.6 %.

Apakah yang menyebabkan jangkitan Salmonella.

  • Daging yang tidak masak, makanan laut dan ayam : Pencemaran sering berlaku ketika penyembelihan dan juga proses sebelum memasak.  Membiarkan ayam terdedah begitu lama boleh menyebabkan bakteria Salmonella bertindak aktif.  Menangkap makanan laut di kawasan air yang tercemar juga merupakan salah satu faktor utama.

  • Telur yang tidak masak  :  Bakteria Salmonella biasanya wujud di dalam telur jika ayam tersebut telah dijangkit.  Telur mentah boleh didapati di dalam beberapa jenis makanan seperti mayonis dan juga sos buatan sendiri.

  • Sayur-sayuran dan juga buah-buahan :  Jika sayur-sayuran dan buah-buahan di basuh dengan air yang telah tercemar, kebarangkalian untuk tercemar juga adalah tinggi. Sesetengah tukang masak juga mungkin akan menyebabkan pencemaran buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebagai contoh, memegang sayur-sayuran tanpa membasuh tangan selepas memotong daging.

Tidak semua jenis bakteria akan menular.  Bakteria sering berjangkit melalui 3 cara iaitu secara sentuhan, berterbangan di udara dan juga secara makanan ataupun minuman yang kita ambil setiap hari.  Bakteria Salmonella adalah bakteria yang menular dengan kadar yang sangat cepat. Hasil dari penelitian, para sainstis menyatakan bahawa bakteria Salmonellosis adalah bakteria yang mudah dihapuskan tetapi ketika kita mengambil antibiotik, bakteria Salmonellosis menjadi lebih aktif dan proses penularannya lebih cepat berbanding kebiasaannya. Kesan-kesan daripada serangan bakteria Salmonellosis juga sangat berbahaya jika tidak diubati atau dirawat kerana boleh merosakan sistem imunisasi dan juga akan mengakibatkan kematian.

ILMU YANG ADA DIKONGSI BERSAMA...

0 comments: