Tuesday 22 April 2014

FAIL MEJA PEMBANTU MAKMAL SEKOLAH GRED C 17

Assalammualaikum.. Salam hamba hulur tanda  ingatan
Holla semua!

Yuhu, sekian lama tidak mengupdate sebarang entry kat halaman cik piah ni, arini cik piah nak kongsi satu lagi ilmu dengan anda semua especially, kepada semua rakan sejawat dengan cik piah.

Anda semua, terutama rakan-rakan seangkatan dengan cik piah mesti sangat-sangat familiar dengan fail meja ni, anda semua harus ada fail meja tersendiri. Apa itu fail meja?

Fail meja adalah merupakan dokumen rujukan bagi peringkat individu/jawatan. Dokumen ini juga mengandungi 
1.carta jabatan/pejabat yang menunjukkan kedudukan individu dalam jabatan/ pejabat tersebut
2. Objektif jabatan dan bahagian di mana individu ini ditempatkan 
3. Prosedur kerja yang terlibat dalam jawatan individu berkenaan.

Tujuan utama fail meja diwujudkan adalah apabila mereka jelas mengenai arah tuju jabatan/pejabat dan juga mengenai peranan yang perlu dilaksanakan serta mempunyai garis panduan yang lengkap bagi menjalankan tugas, segala tugas yang mereka jalankan  dapat dilakukan dengan cekap dan sempurna serta dapat mengelakkan kelewatan dalam menyelesaikan sesuatu kerja. Fail Meja dapat meyumbang kepada peningkatan kecekapan serta keberkesanan jabatan/pejabat.

jom kongsi!





Antara isi kandungan yang terdapat di dalam sebuah fail meja.

*Untuk maklumat lebih lanjut dan mendapatkan contoh fail meja yang lengkap sila tinggalkan komen anda berserta dengan alamat email.

Selamat Maju Jaya Semua!




Tuesday 15 April 2014

UNTUKMU- FEMININ

Assalammualaikum. Salam hamba hulur tanda ingatan,
holla semua!.

Penatnya hari ini, terkejar-kejar rasanya pagi tadi Cik Piah buat kerja. Tapi untuk sesuap nasi, ku gagahkan juga. Hari ini Cik Piah kurang sikit tekanan walaupun banyak kerja. Tapi Cik Piah tak mahu cerita pasal kerja yang hari ini, Cik Piah mahu kongsikan cerita semalam. Semalam punya cerita  Cik Piah punyalah stress dengan adalah orang tu. Stress tidak terkatalah, dan disebabkan stress, Cik Piah rasa macam hendak pergi karaoke perkena dua tiga lagu ke. Tapi kalau hendak pergi ke karaoke bilik ke karaoke jamban ke memang tidaklah. Jadi Cik Piah pon mengodek-godek movie maker Cik Piah , dan terhasillah satu lagu yang boleh Cik Piah buat karaoke..

Jom layan lagu yang Cik Piah sudah buatkan ini ya..


Inilah antara lagu kegemaran yang selalu Cik Piah dengar, Cik Piah kalau lagu ini berkemundang di corong-corong radio pasti Cik Piah akan ikot sekali menyanyi. Walaupun suara tidaklah berapa sedap mana pun. Tapi Cik Piah layankan saja. Bukan ini sahaja lagu yang Cik Piah minat, tapi ada lagi beberapa lagu dari kumpulan Feminin ini yang Cik Piah minat, antaranya adalah Hanya Sekali dan lain-lain lagi. Lagu ini juga sering mengingatkan Cik Piah akan zaman kegemilangan Cik Piah (huh! berangan habis). Tak adalah, lagu ini sering mengingatkan Cik Piah dengan zaman Cik Piah belajar dolu-dolu. Cik Piah tidaklah pandai mana pun, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia pon memang ke laut. Kalau ke bulan ke, ke bintang ke , seronok jugalah. 

Tapi, dah tu je rezeki yang Cik Piah dapat . Itulah zaman sekolah dulu malas hendak ke sekolah, selalu keluar, tapi tidak pernah ponteng, keluar pun sebab  menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah juga. Cuma masa itu memang Cik Piah ini malas, karang pun tiru kawan sebelah, almaklumlah, rakan sebelah wakil sekolah dalam pidato, ayat penulisannya, memang cenggini berbunga-bunga. Kalau harap Cik Piah, berbunga-bunga takde, bunga tahi ayam adalah. 

Tapi sekarang ini, hari-hari pergi sekolah. Ambik engkau, itulah, rajin sangatkan masa dekat sekolah dulu. Sampai ke tua lah pergi sekolah lagi. Sedih, sedih. Tak apalah, sudah tertulis suratan Cik Piah akan berada di sekolah sampai ke tua, hendak buat macam manakan. Redha, redha.

Tapi apa-apa pun jom kita layan lagu ini. Dibuat khas untuk Cik Piah sendiri.
Selamat mendengar semua!




Monday 14 April 2014

DISETIAP PAGIKU

Assalammualaikum. Salam hamba hulur tanda ingatan..

Setelah sekian lama bercuti, cewah,  cutilah sangatkan. Cuti sabtu dan ahad yo, hari ini Cik Piah telah pun memulakan tugas Cik Piah semula. Waktu kerja Cik Piah bermula seawal jam 7.00 pagi. Awal wooo.. Tapi disebabkan untuk mencari rezeki untuk anak tekak ni, ku teruskan juga segala pejuanganku. 

Setiap pagi Cik Piah telah ditugaskan untuk menjaga pejabat( takut pejabat lari) ahaks, sehingga adalah salah seorang orang yang bekerja di pejabat datang. Selalunya pukul 8.00 baru diorang datang. Jadi setiap hari Cik Piah akan menjaga pejabat dari pukul 7.00 pagi hingga 8.00 pagi dan kemudian, barulah Cik Piah datang meneruskan tugas hakiki Cik Piah. Tapi kalau ada cikgu yang hendak buat aktiviti ke apa ke, awal-awal lagi Cik Piah dan angkat kaki, cabutlah, mestilah keutamaan harus diberikan kepada tugas hakiki Cik Piah. Betul tidak? Takkan hendak menyusahkan orang lain. Kami sudahlah tidak ramai. 

Sambung cerita lain pulak. Setiap hari, pagi-pagi lagi Cik Piah akan menghadap benda alah ni. Cik Piah punya kerja merangkap banyak jawatan, jadi redha sajalah. Hendak buat macam mana, saya yang menurut perintah. Tapi kadang-kala tidak terturut juga.


Ini adalah sistem maklumat yang digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tugas Cik Piah sekarang ini adalah mengesahkan e keberadaan guru. Tujuannya adalah bagi merekodkan mana-mana guru yang tiada di sekolah. Sistem e keberadaan guru ini haruslah disahkan sebelum pukul 8, kalau tidak satu Malaysia kecoh nanti
Semenjak dua menjak ini, sistem yang kerajaan punya, memang terbaiklah!! Pelbagai e yang ada dalam sistem kerajaan. Tapi tidak semua  yang Cik Piah tahu, yang Cik Piah tahu, cuma e operasi, espkb (* yang ini tiada kena mengena dengan Cik Piah punya kerja) dan banyak lagilah. Cuma yang belum ada lagi adalah e kau ni. 

Ketua pembantu tadbir sudah pun tiba, Cik Piah pun hendak angkat kaki, hendak tunggu apa lagi. 
Jom semua.

Selamat Maju Jaya!

Wednesday 9 April 2014

MAKMAL - AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum. Salam hamba hulur tanda ingatan..

Musim cuti sekolah kembali lagi. Pastinya saat yang di nantikan oleh kebanyakan pelajar sekolah tidak kira di mana saja mereka berada. Kami, 'Geng Bas Sekolah' juga tidak terlepas menikmati keseronokan cuti sekolah (seronoklah sangatkan). Pastinya sebelum cuti sekolah tiba lagi kami telah pun merencanakan apakah aktiviti yang kami lakukan pada musim cuti sekolah memandangkan pelajar sebagai klien kami tiada dan sedang seronok bercuti.

Bermulalah kisah kami 'Geng Bas Sekolah'. Pengubahsuaian bumbung sedang dilakukan di tempat kerja Cik Piah, dan bangunan yang pertama dibuka bumbungnya adalah bangunan di mana terletaknya bilik persediaan Cik Piah dan juga makmal. Semasa buruh-buruh binaan itu sedang membuka bumbung di kawasan bangunan bilik kami, dengan sengaja atau tidak mereka telah pon terpecahkan saluran tangki air di bangunan tersebut. Akibatnya, terlalu banyak air yang melimpah ruah keluar seperti di ladang gandum..

Memandangkan semasa itu merupakan musim ketiadaan air, memang Cik Piah pandang air itu sepi saja. Rugi sungguh air terbuang begitu saja. Mereka yang melakukan kerja-kerja tersebut juga tidak mengambil apa-apa insiatif untuk mengatasi masalah tersebut (kurang ketanggungjawaban sungguh anda!)

Mahu atau tidak, pihak pengurusan sekolah terpaksalah mengambil langkah lain bagi mengatasi masalah ini. Pelbagai perkara telah dilakukan, namun masalah ini tetap juga tiada kesudahannya, sedihkan. Namun apa yang lebih mengejutkan adalah bangunan yang berjiran dengan kami pula yang banjir. Apa sudah terjadi ini. Sepatutnya bangunan kami yang banjir, ini bangunan sebelah pula. Inilah kata perpatah, 'cubit peha kanan peha kiri terasa'. Agaknya bangunan sebelah kesian dekat kawan dia yang dilanda kebanjiran ini.

Dan yang paling sadis sekali adalah kami. Dengan keadaan yang sebegitu rupa, bangunan kami terpaksa di tutup saluran elektrik bagi mengelakkan berlakunya litar pintas. Kami terpaksalah berpanas. Keadaan sebegini berlanjutan sehingga lebih kurang seminggu lebih. Macam sauna pun ada.

Disebabkan banjir yang berlaku, bangunan kami telah di tumbuhi dengan kulat. Pertumbuhannya sangatlah pesat. Kalau tidak percaya cuba tengok gambar di bawah ini.



Betulkan, ngeri betul Cik Piah tengok benda itu.

dan cuba tengok gambar dekat bawah ini, itulah saluran elektrik. Air yang banjir itu telah turun dari tingkat tiga ke tingkat dua melalui saluran elektrik. Bahaya sangat-sangat kalau macam itu kerana air merupakan pengalir elektrik yang sangat-sangat baik.



Jadi sewaktu cuti sekolah inilah antara aktiviti yang kami lakukan iaitu kerja-kerja pembersihan. Kalau ikutkan mahu saja minta ganti rugi daripada orang yang sepatutnya yang mendatangkan masalah ini.



rakan-rakan sekerja yang bersama-sama bertungkus lumus membersihkan bilik stor makmal.


Kerja-kerja pembersihan ini memakan masa lebih agak lama. Selain itu, kami juga membuat keceriaan mural dan lain-lain lagi untuk menaik taraf makmal sekolah. Tapi tidaklah sehingga mencapai sasaran makmal lima bintang.
Sekian..
SELAMAT MAJU JAYA SEMUA.


Friday 4 April 2014

Riang Ria

Assalammualaikum semua....

Kali ini Cik Piah hendak kongsikan gelagat-gelagat anak-anak buah Cik Piah yang semakin membesar dengan pesat sekali. Kita layan video yang Cik Piah buatkan khas untuk mereka..
Jom tonton.




Yang paling bising...
Yang paling aktif...
Yang paling baik...

Love you all...




Ustaz Haslin Bahrin - 11 Februari 2014





Ceramah Oleh :  Ustaz Haslin Bahrin @ di Kenali sebagai Ustaz Bollywood..


Antara ustaz yang sering muncul dalam kaca-kaca TV terutama dalam program-program agama iaitu Ustaz Haslin Bahrin. Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang ilmu agama,  Ustaz Haslin menjadi salah seorang ustaz pilihan dan semakin popular sekarang ini.

Ustaz Haslin Bahrin juga merupakan salah seorang perceramah yang Cik Piah minati kerana bukan sahaja intipati ceramahnya bagus, malah cara penyampaiannya sangat jelas dan terang. Mudah itu difahami dan juga diikuti.

Ustaz Haslin Baharin juga kini  muncul dalam rancangan 'Anta Tanya Ana Jawab'  siaran Astro Oasis 106 ,bergabung bersama Angah Raja Lawak'.

Mari kita sama-sama mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Haslin Bahrin untuk menambahkan lagi pengetahuan kita tentang pengertian tentang Islam yang sebenar.
Islam itu Mudah dan Memudahkan.

Jika Kita Mengejar Akhirat Dunia akan mengejar kita, tetapi jika kita mengejar dunia akhirat akan meninggalkan kita.  Selamat Beramal.

TILIK NASIB

Sebelum pergi kerja, jika berkesempatan selalunya Cik Piah akan menonton TV sebentar bagi mengikuti rancangan Bismillah yang disiarkan di 'Channel' TV3 setiap jam 6.30 pagi hingga 7.00 pagi. Baru-baru ini rancangan Bismillah telah membincangkan topik yang sangat menarik perhatian iaitu "TILIK NASIB".

Umumnya apabila disebut tilik dengan tilik nasib semestinya kita tidak kira bangsa, keturunan dan juga agama sudah pastinya mengetahui tentang hal ini. Malaysia dan juga tidak kira tempat mempunyai pelbagai kepercayaan dan juga agama. Bagi sesetengah agama yang lain tilik nasib merupakan salah satu perkara yang dijadikan sebagai satu kepercayaan.

Agama Buddha contohnya, sangat mempercayai akan perbuatan tilik nasib ini. Apa yang akan berlaku masa sekarang dan yang akan datang juga dilihat melalui tilik nasib. Kebiasaanya tilik nasib ini sering menggunakan kad yang dicabut ataupun apa sahaja benda yang boleh dikaitkan dengan mereka.

Namun, bagi agama Islam pula tilik nasib merupakan salah satu perbuatan khurafat yang harus kita jauhi. Pelbagai implikasi negatif yang akan berlaku sekiranya kita mengamalkan perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam ini.

Antara implikasinya adalah akan merosakkan akidah kita sebagai umat Islam khususnya. Walaupun terdapat segelintir masyarakat Melayu kita masih lagi mempercayai perbuatan ini, namun tanpa mereka sedari sebenarnya mereka telah pon membawa diri kepada satu dimensi yang akan merosakkan diri mereka sendiri.  Apabila mereka mempercayai sesuatu yang belum tentu pasti lagi , sebagai contohnya, 'Pak Man telah pergi menilik nasib, tabib penilik nasib itu telah menyatakan bahawa Pak Man akan ditimpa kecelakaan dan ditimpa kemiskinan pada suatu hari nanti', maka dengan itu Pak Man terus mempercayai apa yang dikatakan oleh tabib itu dan hidup dalam kerisauan tanpa menyerahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa. Hal ini menunjukkan bahawa sedikit sebanyak tanpa disedari Pak Man telah mempercayai sesuatu yang khurafat.

Selain itu juga, menilik nasib ini juga akan menyebabkan berlaku permusahan dalam kalangan kita. Sebagai contoh jika seseorang itu pergi menilik nasib akibat ditimpa musibah, dan tabib penilik nasib telah menyatakan bahawa musibah yang ditimpa adalah disebabkan perbuatan khianat orang yang terdekat, hal ini sudah pastinya mengundang permusuhan di antara dua individu. Pastinya di antara dua pasti ada yang ketiga iaitu syaitan. Ia pasti gembira apabila melihat di antara manusia yang saling bertelingkah disebabkan pekara yang belum tentu kebenarannya.

Jesteru itu, segala pergantungan kita haruslah hanya pada Allah SWT. Jangan kita merosakkan segala amalan baik yang telah kita laksanakan disebabkan kepercayaan kita kepada perkara  yang tidak sepatutnya. Apa juga yang berlaku merupakan ujian dan juga kifarah untuk kita. Segala yang baik datangnya dari Allah SWT dan segala yang lemah datang dari diri kita sendiri.

*Ilmu yang ada dikongsi bersama*


Thursday 3 April 2014

TAMAN TASIK SEREMBAN

Siapa orang Negeri Sembilan dekat sini? Pastinya Taman Tasik menjadi satu tempat persinggahan yang popular dalam kalangan anda. betul atau tidak? Disebabkan Cik Piah sangatlah suka ambil gambar jadi Cik Piah hendak kongsikan pemandangan yang menarik perhatian Cik Piah yang terdapat di Taman Tasik Seremban.

Mukadimah
Dihiasi dengan tanaman bunga-bunga, pokok-pokok torpika dan wakaf-wakaf Taman Tasik Negeri Sembilan sering dikunjungi oleh pelbagai kaum masyarakat majmuk di Malaysia.  Tempatnya yang tenang sangat sesuai bagi tujuan mereka  yang ingin beristirehat dan menikmati keindahan alam.  Taman Tasik Seremban merupakan pusat rekreasi dan riadah yang popular di Seremban. Ianya berjaya menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya pada hari cuti dan hujung minggu.  Tasik ini merupakan tasik semulaj jadi yang tetua di Malaysia.  Taman ini menjadi pilihan popular dalam kalangan pengujung dan juga seisi keluarga kerana lokasinya yang ideal, mudah dan selamat untuk dikunjungi.

Berkeluasan 10 ekar, Taman Tasik Seremban mempunyai pelbagai kemudahan seperti 'jogging track', taman permainan, pentas terapung dan juga tandas.  Mempunyai daya takikan yang tersendiri pentas ini telah dijadikan Program Hiburan Sekeluarga " Serembang di Seremban" yang diadakan pada setiap hari Sabtu minggu ke dua dan minggu keempat. Bagi pengunjung yang datang dari jauh, pastinya anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari tempat untuk bermalam kerana terdapat Hotel terkemuka iaitu Hotel Royal Bintang yang terletak berhampiran dengan Taman Tasik Seremban. Taman Tasik Seremban kini sedang dalam proses menaik taraf buat fasa yang ke III. Sekian....

Jom kita layan gambar menarik yang sempat Cik Piah ambil:-



















        HOTEL ROYAL BINTANG merupakan antara hotel terkemuka yang terdapat di Negeri Sembilan. Sering mendapat tempat di hati pengunjung tempatan dan luar negara untuk dijadikan tempat penginapan ketika datang melancong ke Negeri Sembilan Darul Khusus..




Taman Tasik atau dilebih dikenali sebagai "Lake Garden" oleh penduduk setempat ini sering mendapat perhatian untuk dijadikan tempat para photographer mengambil gambar terutama bagi mereka yang menjadi weeding photographer..Para pengantin sering berkunjung disini untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang cantik berlatar belakangkan konsep taman. Selamat berkunjung ya semua..(^_^)

Bukan Kerana Aku Tak Cinta



Saksikan Drama : Bukan Kerana Aku Tak Cinta
 Setiap Hari Isnin hingga Rabu 
Jam 10 malam 
Di Siaran Astro Mustika 134 

Sinopsis Dari Kulit Muka Buku

"Kalau aku suruh kau terjun kolam tu, kau nak terjun?"

'Untuk buktikan cinta Mas kat abang, terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang, Mas tak tahu berenang!"

"Mastura!!!!!!!

JEBAT : Seorang lelaki yang katarisi, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatian sehingga Jebat naik rimas dan lemas. Walaupun berkali-kali ditolak Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama 'The Beauty and The Beast'.

" Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yng tak ada apa-apa?"

"Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu. Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang saja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas."

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?

Masih adakan cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah ketua kumpulan gengster!

Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impannya.

SAMA-SAMA KITA TONTON DRAMA BUKAN KERANA AKU TAK CINTA

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8 
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20 Episod 21 Episod 22
Episod 23 Episod 24 Episod 25 Episod 26 Episod 27 Episod 28 Episod 29
Episod 30 Episod 31 Episod 32 Episod 33 Episod 34 Episod 35 Episod 36
Episod 37  Episod 38 Episod 39 Episod 40 Episod 41 Episod 42 Episod 43
Episod 44 Episod 45 Episod 46 Episod 47 Episod 48 Episod 49 Episod 50
Episod 51 Episod 52 Episod 53 Episod 54 Episod 55 Episod 56 Episod 57
Episod 58 Episod 59 Episod 60 (final)








Matlamat dan Kehidupan

Setiap manusia pastinya mempunyai setiap kisah yang berbeza.  Ada yang bahagia dan ada juga yang derita. Tidak kurang juga orang yang tidak pernah berasa apa-apa.  Setiap hari kita akan lalui jalan hidup yang berbeza daripada semalam.  Mungkin hari ini lebih baik daripada semalam atau pun mungkin hari semalam lebih baik daripada hari ini. Segala yang berlaku adalah atas kehendak kita sebenarnya tanpa kita sedari.

Setiap langkah kita lalui pastinya berpaksikan dengan niat yang ada di hati kita. Jika baik niat kita, maka baiklah segala kesudahannya, tetapi jika tidak baik niat kita pastinya tidak akan baik jugalah segala kesudahannya.  Kepada Allah SWT juga kita menyerahkan segala-galanya. 

Perjalanan hidup pastinya bermula dari bangun dari tidur.  Setelah bangun pastinya kita sudah setkan di dalam minda tentang apakah matlamat yang kita ingin capai hari ini. Pastinya setiap hari kita ingin mencapai target yang telah ditetapkan oleh kita sendiri dengan jayanya. Tetapi sebelum target dan matlamat itu tercapai pastinya pelbagai cabaran serta halangan yang akan kita tempuhi. Tidak kurang juga dengan kekurangan motivasi, pastinya sukar untuk melalui segalanya. Motivasi sangat penting dalam pembangunan kendiri. Tanpa motivasi pastinya apa juga tindakan serta target yang kita ingin capai terkandas di tengah jalan.

MATLAMAT, menyebut memang mudah, tetapi bagi melaksanakannya amatlah sukar, segalanya bergantung pada diri kita sendiri, cara dan bagaimana harus kita laksanakan adalah datang dari kita juga. Ketika kita melihat orang lain mencapai matlamat mereka dengan jayanya, apakah yang kita rasa? Cemburu bukan? Ianya sudah pasti kerana memang itulah sifat semulajadi manusia.  Cemburu itu memang ada baiknya. Cemburu yang membuatkan kita lebih tekun berusaha untuk mencapai matlamat kita adalah cemburu yang baik. Manakala cemburu yang membuatkan kita rasa seperti ingin menjatuhkan orang lain dan mendapat sesuatu yang lebih bagus daripada mereka tetapi dengan cara yang tidak baik adalah cemburu yang memakan diri sendiri akhirnya. 

Manusia sebenarnya terbahagi kepada dua kategori - sakit kelihatan sihat, sihat tetapi sakit yang tenat.

1. Sakit kelihatan sihat
  • Orang ini berjiwa tenang.  Fizikalnya memang tidak sihat tetapi hatinya tidak pernah sakit.  Dia mengucap syukur pada kecemerlangan orang dan berbangga dengan kejayaan orang. Dia ikhlas kalau memuji dan diam tatkala patut mengeji.

2. Sihat tetapi sakit tenat.
  • Orang ini adalah golongan abnormal.  Jiwanya sakit lantaran psikologi dirinya bermasalah. Jiwanya bergelora. Susah hati dengan kesenangan orang tetapi dita tidak pula mahu berusaha keras sebagaimana orang itu. Mindanya asyik memikir bagaimana, kenapa, apa di mana, siapa dan bila kepada orang lain, bukan kepada dirinya sendiri. Golongan ini sebenarnya sakit walaupun fizikalnya kelihatan sihat, Hidup sebagaimana orang lain tetapi hatinya berkocak dan bergelora memikirkan hal orang lain.

Mulakan setiap langkah dengan kaki kanan apabila keluar dari rumah bagi mencapai matlamat.  "Berpagi-pagilah dalam Mencari Rezeki'. Jangan mudah putus asa atas segala takdir yang Allah sudah tentukan untuk kita. Kadang kala kita sering menyalahkan takdir jika kita dikeji dan tidak memperolehi apa yang kita hajati seperti  yang dirancang. Ingatlah, kita manusia hanya mampu merancang, Allah juga merancang tetapi rancangan Allah juga yang terbaik. Setiap yang Allah hendak beri kadangkala bukan berbalut dengan sesuatu yang indah, ada masanya berbalut dengan sebuah kertas duka.  Kenapa dan mengapa sudah tentu kita  tidak tahu. Tetapi yang pasti bersujudlah pada Ilahi. Pasti akan ketemu jawapan yang kita cari. 

Wednesday 2 April 2014

Suamiku Jururawat Isteriku Doktor



Saksikan Drama TERBARU DI TV 3
Tajuk Drama : Suamiku Jururawat Isteriku Doktor
Waktu Siaran : Setiap Hari Sabtu Jam 9.00 Malam

Jom Layan..

Episod 1

Episod 2

Episod 3


Suamiku Jururawat Isteriku Doktor - Episod 2

Suamiku Jururawat Isteriku Doktor - Episod 1

▶ Projek Memikat Suami (2014) Episod 13 Akhir - Video Dailymotion

Projek Memikat Suami merupakan drama bersiri di Astro Mustika yang disiarkan setiap hari Isnin jam 10.00 malam di siaran Astro MAYA HD. Cerita yang diadaptasi daripada sebuah novel "Projek Memikat Suami" karya Hainina Abdullah, dan juga Penulisan2u.
Membariskan pelakon popular Emma Maembong dan juga Aiman Hakim Redza pastinya membuatkan anda tertarik untuk menonton drama ini.

Apakah yang akan berlaku pada episod akhir drama ini?
Jom sama-sama kita saksikan.

▶ Projek Memikat Suami (2014) Episod 13 Akhir - Video Dailymotion






OVERVIEW, TRAFFIC SOURCES DAN AUDIENCE BLOG SECUPAKSIREH

SECUPAK SIREH - Blog Yang Sepi-

Alkisahnya selepas Cik Piah siap membina blog secupaksireh ini Cik Piah aktif sekejap saja. Ketika itu, Cik Piah kekurangan idea untuk dikongsikan di dalam blog ini.  Blog ini terbiar sekian lamanya hampir setahun lebih jugalah.  Baru-baru ini Cik Piah ada membina blog baru iaitu hahabalqisyah.blogspot.com. Kenapa Cik Piah bina blog baru menggunakan nama hahabalqisyah adalah kerana Cik Piah mendapat ilham untuk menggunakan nama anak-anak buah Cik Piah. Haha dan Balqisyah merupakan 2 orang yang berbeza. Tetapi kedua-dua anaknya adalah anak buah yang Cik Piah sayang sangat-sangat.

Haha atau nama sebenarnya Nurshahadiatul Nafisah Sahidah atau panggilan nama pendeknya Haha merupakan anak buah Cik Piah yang ke enam. Dilahirkan pada 14 September 2012 sekarang sedang membesar dengan aktifnya.  Manakala Balqisyah pula atau nama sebenarnya Iman Nuraila Balqisyah telah lahir pada 27 Januari 2010. Cik Piah panggil dia dengan panggilan Iman. Anak buah Cik Piah yang ke dua.


Kenapalah Cik Piah susah-susahkan diri asyik buat blog sajakan. Ini adalah kerana Cik Piah hendak kurangkan masa Cik Piah bermuka buku. Lagi-lagi perkhidmatannya telah disekat.  Jadi memang tidak boleh buka. Oleh itu, Cik Piah mengambil keputusan untuk membina semula blog. Pada mulanya Cik Piah ingin mengaktifkan semula blog secupaksireh ini. Tetapi malangnya Cik Piah boleh terlupa pulak apa email dan kata laluannya. Almaklumlah dah tua. Memang Cik Piah ini kategori yang mudah lupa kerana selalu minum berulam semut hihihi..

Setelah hampir sebulan Cik Piah membina blog baru, pada suatu petang ketika ditugaskan untuk membantu menjaga pejabat di sebelah petang, Cik Piah dengan bantuan kawan Cik Piah pun mencuba untuk mengaktifkan balik blog lama Cik Piah (secupaksireh.blogspot.com). Cuba dan terus mencuba dengan pelbagai kata laluan yang Cik Piah masukkan akhirnya berjaya. Alhamdulilah. Syukur Allah.

Cik Piah pun mulalah menyelongkar balik blog Cik Piah yang sudah lama sepi ini. Sepi sekali.  Salah satu benda yang Cik Piah terjumpa adalah ini:


Boleh bagi pencerahan sikit tidak tentang apa yang dikaitkan dengan overview ini?


Cik Piah pun teruslah tanya kepada kawan Cik Piah, dia memang super duper hebat membuat blog ini. Dari dialah Cik Piah banyak belajar tentang kegunaan blog ini. 'Overview' adalah merupakan satu skala jumlah orang yang telah melihat blog Cik Piah yang dah lama sepi ini. Punyalah Cik Piah terperanjat melihat 'overview' Cik Piah selama ini sudah mencecah hampir sembilan ribu. Wow! memang Cik Piah tidak sangka sebenarnya blog sepi Cik Piah itu akan dilihat sebanyak itu. Kalau diikutkan skala yang Cik Piah dapat itu tidaklah sebanyak orang lain yang memang sudah popular blognya, tetapi bagi Cik Piah itu satu jumlah yang cukup banyak memandangkan ketika iti entry Cik Piah di blog secupak sireh ini cuma ada lima saja. Cik Piah pun meneruskan carian Cik Piah. Sekali Cik Piah jumpa yang ini pula. Apa benda ini?


Ini merupakan 'traffic sources' untuk blog. 
Apa itu 'traffic sources?' Maka dengan itu, Cik Piah pun teruslah mencari di 'Google Translate' sekali dia bagitahu 'traffic sources' adalah sumber lalu lintas.  Terperanjat Cik Piah tengok jawapan yang google bagi dekat Cik Piah, itulah kalau asyik nak guna google translate sajakan. Dengan telitinya Cik Piah tengok satu, satu benda yang ada dekat sumber lalu lintas blog Cik Piah ini. Paling banyak orang cari adalah contoh ringkas rancangan perniagaan dan juga keceriaan makmal sains. Wah! Seronok pula Cik Piah rasa sebab berguna juga idea untuk letakkan contoh ringkas rancangan perniagaan ini. Rancangan Perniagaan atau nama singkatannya adalah RP yang Cik Piah kongsikan di dalam blog ini adalah RP yang diguna pakai oleh kumpulan adik Cik Piah untuk projek Tingkatan Lima bagi subjek penyediaan makanan. Idea ini kami cetuskan bersama dan juga beberapa ahli kumpulan dia. 


Ini pula skala bagi 'audience'.  'Audience' atau dalam Bahasa Malaysia adalah penonton merupakan orang yang melihat blog sepi Cik Piah ini.  Cik Piah sangat teruja kerana penonton Cik Piah bukan saja dari Malaysia malah dari luar negara pun ada.hihihihi. Cik Piah harap Cik Piah dapat terus mengembangkan blog Cik Piah yang tak seberapa ini. Bertambah pula dengan Cik Piah yang memang tidak berapa nak kreatif dalam membina ayat cinta ini. Pesanan Buat Diri Sendiri, Selamat Maju Jaya!

Tuesday 1 April 2014

RAHSIA SEEKOR AYAM & SALMONELLA

SALMONELLA DAN AYAM

Apabila disebut Salmonella pastinya yang berkait rapat dengannya adalah Ayam..

Bila disebut perkataan ayam umumnya tidak mengira umur, kecil, besar, tua , muda pastinya mengenali makhluk ciptaan Yang Maha Esa yang bernama ayam ini.  Dagingnya yang sedap dimakan apabila dimasak apa juga jenis masakan menyebabkan ayam menjadi menu utama setiap hari bagi segelintir masyarakat. Namun begitu, tanpa kita sedari ayam juga telah memainkan peranan yang penting dalam penjagaan kesihatan seharian kita.

Umumnya, menjadi budaya masyarakat zaman kini kurang mementingkan aspek kesihatan dalam permakanan terutamanya apabila melibatkan majlis kenduri yang besar seperti majlis perkahwinan dan juga lain-lain aspek kesihatan dan kebersihan dalam penyediaan makanan sering diabaikan. Tanpa mereka sedari, mereka boleh menyebabkan berlakunya kematian tanpa disangka-sangka

Tahun lepas, masyarakat kita telah digemparkan dengan pemergian beberapa orang tetamu-tetamu yang telah hadir ke sebuah majlis perkahwinan disalah sebuah negeri di Malaysia dan setelah membuat siasatan, pihak berkuasa telah mengenalpasti punca utama kematian adalah disebabkan keracunan makanan.  Mereka yang hadir telah memberitahu kemungkinan ayam yang dimasak dan yang telah dihidangkan sepanjang majlis perkahwinan itu berlangsung tidak cukup masak

Secara amnya, pastinya ramai mengakui kebenaran yang telah diberitahu oleh segelintir tetamu yang lain. Namun, yang tersiratnya kita semua masih tidak tahu bahawa daging ayam mengandungi virus yang boleh mematikan iaitu SALMONELLA.

Apa itu SALMONELLA?

Jangkitan salmonella atau Salmonellosis adalah penyakit bakteria pada saluran instestinal. Salmonella adalah sekumpulan bakteria yang akan menyebabkan demam kepialu, keracunan makanan, gastroenteritis, demam perut dan penyakit lain melanda individu yang dijangkiti . Manusia boleh dijangkiti kebanyakannya melalui air   dan makanan yang tercemar, terutama ayam, spesis burung, daging dan telur ayam. Ianya juga boleh menyebabkan penyakit cirit birit berlaku kepada manusia. Kumpulan Salmonella terdiri daripada 2300 jenis bakteria. Salmonella enteritidis dan Salmonella typhrimurium telah menyebabkan lebih 50 %  jangkitan terhadap individu di USA. Sesetangah jenis Salmonella yang wujud pada manusia mampu membuat haiwan menjadi sakit dan begitu juga sebaliknya. Bakteria ini  akan hidup dalam usus manusia dan haiwan yang dijangkiti.

Apakah itu Salmonellosis?

Salmonellosis merupakan jangkitan yang disebabkan oleh Salmonella.  Secara puratanya, lebih kurang 1.4 juta rakyat Amerika telah menghidap Salmonellosis setiap tahun dimana 500 daripadanya telah didapati mati berdasarkan kepada CDC (Centers for Disease Control and Prevents).  Pada tahun 2004 pihak berkuasa US telah memaklumkan bahawa Salmonella telah menyebabkan jangkitan bakteria sebanyak 42% terhadap manusia  diikuti dengan Campybacter 37 %, Shigella 15% dan E. coli O 157:H7 2.6 %.

Apakah yang menyebabkan jangkitan Salmonella.

  • Daging yang tidak masak, makanan laut dan ayam : Pencemaran sering berlaku ketika penyembelihan dan juga proses sebelum memasak.  Membiarkan ayam terdedah begitu lama boleh menyebabkan bakteria Salmonella bertindak aktif.  Menangkap makanan laut di kawasan air yang tercemar juga merupakan salah satu faktor utama.

  • Telur yang tidak masak  :  Bakteria Salmonella biasanya wujud di dalam telur jika ayam tersebut telah dijangkit.  Telur mentah boleh didapati di dalam beberapa jenis makanan seperti mayonis dan juga sos buatan sendiri.

  • Sayur-sayuran dan juga buah-buahan :  Jika sayur-sayuran dan buah-buahan di basuh dengan air yang telah tercemar, kebarangkalian untuk tercemar juga adalah tinggi. Sesetengah tukang masak juga mungkin akan menyebabkan pencemaran buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebagai contoh, memegang sayur-sayuran tanpa membasuh tangan selepas memotong daging.

Tidak semua jenis bakteria akan menular.  Bakteria sering berjangkit melalui 3 cara iaitu secara sentuhan, berterbangan di udara dan juga secara makanan ataupun minuman yang kita ambil setiap hari.  Bakteria Salmonella adalah bakteria yang menular dengan kadar yang sangat cepat. Hasil dari penelitian, para sainstis menyatakan bahawa bakteria Salmonellosis adalah bakteria yang mudah dihapuskan tetapi ketika kita mengambil antibiotik, bakteria Salmonellosis menjadi lebih aktif dan proses penularannya lebih cepat berbanding kebiasaannya. Kesan-kesan daripada serangan bakteria Salmonellosis juga sangat berbahaya jika tidak diubati atau dirawat kerana boleh merosakan sistem imunisasi dan juga akan mengakibatkan kematian.

ILMU YANG ADA DIKONGSI BERSAMA...

RAHSIA DISEBALIK WARNA

Kuning, Merah, Biru, Putih merupakan warna yang digunakan dalam Jalur Gemilang.  Tahukah anda mengapakah warna itu yang digunakan dan bukan warna yang lain seperti hijau, jingga, ungu dan lain-lain lagi.  Kajian telah menunjukkan setiap warna mempunyai nilainya yang tersendiri. Contohnya warna kuning yang digunakan dalam Jalur Gemilang yang sentiasa megah berkibar bermakna khusus untuk pemerintahan raja yang berdaulat.

Selain itu, kehidupan kita juga telah dipenuhi dengan warna-warna kehidupan.  Tanpa warna-warna kehidupan, hidup kita seolah-olah sepi tanpa ada apa-apa corak dan cabaran dalam hidup. Kita sering terpukau dengan keindahan pelangi dan juga keindahan alam ciptaan Ilahi.  Warna biru laut mampu memberi ketenangan kepada kita.  Warna hijau mampu memberi perasaan segar di dalam mata dan juga minda kita. 

Warna mampu membongkar misteri disebalik personaliti sesorang.  Warna juga dapat mengungkap sesuatu yang kasar yang tidak dapat ditafsir oleh mata.  Setiap warna menunjukkan personaliti  yang berbeza-beza. Maksud yang tersirat bagi warna adalah lebih jauh bermakna berbanding apa yang tersurat bagi sesuatu permukaan dan juga luaran personaliti seseorang.  Kuasa warna sangat berkait rapat dengan kesan psikologi seseorang dan juga amat berguna bagi menganalisis sistem mental, fizikal, emosi dan juga spritual sesesorang.

Warna dan rahsia disebaliknya.

HIJAU

  • Mengambarkan seseorang yang mementingkan kesejahteraan dan suasana yang harmoni.
  • Mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan mampu membina perhubungan dengan ramai orang.
  • Seseorang yang inginkan dorongan daripada orang lain
  • Mahu diberikan sokongan serta dapat memahami dirinya dan menolak dirinya maju kehadapan
  • Sesorang yang sentiasa memelihara institusi kekeluargaan untuk difikirkan dan dibicarakan

KUNING


  • Warna Kuning menggambarkan seseorang itu mempunyai fikiran yang terbuka dan ceria.
  • Mempunyai daya imaginasi yang terbaik dan bertanggungjawab pada keperluan diri dan orang lain.
  • Mempunyai sikap yang sensitif dan penyayang 
  • pentingkan keselamatan dan keselesaan dalam aspek kehidupan


BIRU


  • Warna biru mengambarkan seseorang yang suka kepada hubungan atau ikatan yang mesra.  
  • Sentiasa memerlukan pengisian yang lebih rapat bagi menghidupkan kasih sayang yang ikhlas ke dalam dirinya. 
  • Seseorang yang peka kepada perasaan orang lain dan dapat menghayatinya.  
  • Suka berbicara dan lebih terbuka bagi membina kenalan baru  namun berhati-hati dalam memulakan langkah yang lebih yakin.
  • Seseorang yang bijak mentaksir dan mengatur bahasa kita.  
  • Seseorang yang sentiasa impikan kedamaian dan keharmonian

MERAH
  • Mengambarkan seseorang yang inginkan kebebasan dan mahu mengejar kejayaan dalam hidup.
  • Sesorang yang ingin mencari kemajuan dan pembaharuan dalam pemikiran dan aktiviti.
  • Seseorang yang mempunyai sikap degil atau hatinya keras dalam menerima sesuatu yang bertentangan dengan pendiriannya.
  • Seseorang yang optimis dan lantang dalam menyuarakan pendapat.

UNGU
  • Mengambarkan seseorang yang memiliki minda yang tinggi.
  • Daya penilaian yang tinggi dan berpandangan jauh.
  • Suka kepada sokongan dan keceriaan
  • Mempunyai cita-cita yang tinggi dan berasa kecewa dengna sikap orang di sekeliling
  • Sangat kreatif dan suka kepada keindahan seni serta berjiwa halus
  • Minat kepada keindahan alam dan muzik.
  • Mempunyai daya kepimpinan yang menarik.

INDIGO
  • Mengambarkan seseorang yang suka berfikir dan banyak bercakap
  • Memiliki bakat kepimpinan yang berpandangan jauh.
  • Bijak menggunakan kepekaan dan pemikaran yang seimbang dalam menilai sesuatu
  • Mementingkan keselamatan dan berhati-hati dalam tindakan.
  • Keunikan warna indigo adalah mempunyai daya tarikan dan kreatif menggunakan gaya dan cara yang tersendiri.
  • Tidak suka menonjolkan diri dan berminat serta cenderong kepada kerohanian dan seni.

JINGGA
  • Seseorang yang bagus dalam hal pekerjaaanya
  • Su ka memberi idea baru
  • Suka bersama kawan-kawan
  • Seseorang yang setia, bertenaga dan kreatif.
  • Sangat beremosi dan kurang keyakinan apabila menghadapi tekanan.

Warna memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita. Ianya menunjukkan sumber keindahan dan kebahagiaan serta mencerminkan personaliti individu.  Melalui warna pakaian yang dipakai, warna yang disukai, dekorasi dan pemilihan warna kediaman yang diduduki , kita dapat mengetahui personaliti seseorang individu tersebut.

Semoga perkongsian ilmu tentang warna ini dapat memberi manfaat memberi kita  dan sedikit sebanyak memberitahu tentang cara mengenali personaliti seseorang.  Ini cuma adalah kajian dan pandangan sahaja.  Apa pun warna kehidupan anda pastikan anda buat yang terbaik untuk bekalan diri sendiri di dunia dan juga di akhirat. Pastikan sentiasa redha atas segala warna warni takdir kehidupan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada. Ini  Wasalam..