Wednesday, 9 April 2014

MAKMAL - AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum. Salam hamba hulur tanda ingatan..

Musim cuti sekolah kembali lagi. Pastinya saat yang di nantikan oleh kebanyakan pelajar sekolah tidak kira di mana saja mereka berada. Kami, 'Geng Bas Sekolah' juga tidak terlepas menikmati keseronokan cuti sekolah (seronoklah sangatkan). Pastinya sebelum cuti sekolah tiba lagi kami telah pun merencanakan apakah aktiviti yang kami lakukan pada musim cuti sekolah memandangkan pelajar sebagai klien kami tiada dan sedang seronok bercuti.

Bermulalah kisah kami 'Geng Bas Sekolah'. Pengubahsuaian bumbung sedang dilakukan di tempat kerja Cik Piah, dan bangunan yang pertama dibuka bumbungnya adalah bangunan di mana terletaknya bilik persediaan Cik Piah dan juga makmal. Semasa buruh-buruh binaan itu sedang membuka bumbung di kawasan bangunan bilik kami, dengan sengaja atau tidak mereka telah pon terpecahkan saluran tangki air di bangunan tersebut. Akibatnya, terlalu banyak air yang melimpah ruah keluar seperti di ladang gandum..

Memandangkan semasa itu merupakan musim ketiadaan air, memang Cik Piah pandang air itu sepi saja. Rugi sungguh air terbuang begitu saja. Mereka yang melakukan kerja-kerja tersebut juga tidak mengambil apa-apa insiatif untuk mengatasi masalah tersebut (kurang ketanggungjawaban sungguh anda!)

Mahu atau tidak, pihak pengurusan sekolah terpaksalah mengambil langkah lain bagi mengatasi masalah ini. Pelbagai perkara telah dilakukan, namun masalah ini tetap juga tiada kesudahannya, sedihkan. Namun apa yang lebih mengejutkan adalah bangunan yang berjiran dengan kami pula yang banjir. Apa sudah terjadi ini. Sepatutnya bangunan kami yang banjir, ini bangunan sebelah pula. Inilah kata perpatah, 'cubit peha kanan peha kiri terasa'. Agaknya bangunan sebelah kesian dekat kawan dia yang dilanda kebanjiran ini.

Dan yang paling sadis sekali adalah kami. Dengan keadaan yang sebegitu rupa, bangunan kami terpaksa di tutup saluran elektrik bagi mengelakkan berlakunya litar pintas. Kami terpaksalah berpanas. Keadaan sebegini berlanjutan sehingga lebih kurang seminggu lebih. Macam sauna pun ada.

Disebabkan banjir yang berlaku, bangunan kami telah di tumbuhi dengan kulat. Pertumbuhannya sangatlah pesat. Kalau tidak percaya cuba tengok gambar di bawah ini.



Betulkan, ngeri betul Cik Piah tengok benda itu.

dan cuba tengok gambar dekat bawah ini, itulah saluran elektrik. Air yang banjir itu telah turun dari tingkat tiga ke tingkat dua melalui saluran elektrik. Bahaya sangat-sangat kalau macam itu kerana air merupakan pengalir elektrik yang sangat-sangat baik.



Jadi sewaktu cuti sekolah inilah antara aktiviti yang kami lakukan iaitu kerja-kerja pembersihan. Kalau ikutkan mahu saja minta ganti rugi daripada orang yang sepatutnya yang mendatangkan masalah ini.



rakan-rakan sekerja yang bersama-sama bertungkus lumus membersihkan bilik stor makmal.


Kerja-kerja pembersihan ini memakan masa lebih agak lama. Selain itu, kami juga membuat keceriaan mural dan lain-lain lagi untuk menaik taraf makmal sekolah. Tapi tidaklah sehingga mencapai sasaran makmal lima bintang.
Sekian..
SELAMAT MAJU JAYA SEMUA.


0 comments: