SECUPAK SIREH - Blog Yang Sepi-
Alkisahnya selepas Cik Piah siap membina blog secupaksireh ini Cik Piah aktif sekejap saja. Ketika itu, Cik Piah kekurangan idea untuk dikongsikan di dalam blog ini. Blog ini terbiar sekian lamanya hampir setahun lebih jugalah. Baru-baru ini Cik Piah ada membina blog baru iaitu hahabalqisyah.blogspot.com. Kenapa Cik Piah bina blog baru menggunakan nama hahabalqisyah adalah kerana Cik Piah mendapat ilham untuk menggunakan nama anak-anak buah Cik Piah. Haha dan Balqisyah merupakan 2 orang yang berbeza. Tetapi kedua-dua anaknya adalah anak buah yang Cik Piah sayang sangat-sangat.
Haha atau nama sebenarnya Nurshahadiatul Nafisah Sahidah atau panggilan nama pendeknya Haha merupakan anak buah Cik Piah yang ke enam. Dilahirkan pada 14 September 2012 sekarang sedang membesar dengan aktifnya. Manakala Balqisyah pula atau nama sebenarnya Iman Nuraila Balqisyah telah lahir pada 27 Januari 2010. Cik Piah panggil dia dengan panggilan Iman. Anak buah Cik Piah yang ke dua.
Kenapalah Cik Piah susah-susahkan diri asyik buat blog sajakan. Ini adalah kerana Cik Piah hendak kurangkan masa Cik Piah bermuka buku. Lagi-lagi perkhidmatannya telah disekat. Jadi memang tidak boleh buka. Oleh itu, Cik Piah mengambil keputusan untuk membina semula blog. Pada mulanya Cik Piah ingin mengaktifkan semula blog secupaksireh ini. Tetapi malangnya Cik Piah boleh terlupa pulak apa email dan kata laluannya. Almaklumlah dah tua. Memang Cik Piah ini kategori yang mudah lupa kerana selalu minum berulam semut hihihi..
Setelah hampir sebulan Cik Piah membina blog baru, pada suatu petang ketika ditugaskan untuk membantu menjaga pejabat di sebelah petang, Cik Piah dengan bantuan kawan Cik Piah pun mencuba untuk mengaktifkan balik blog lama Cik Piah (secupaksireh.blogspot.com). Cuba dan terus mencuba dengan pelbagai kata laluan yang Cik Piah masukkan akhirnya berjaya. Alhamdulilah. Syukur Allah.
Cik Piah pun mulalah menyelongkar balik blog Cik Piah yang sudah lama sepi ini. Sepi sekali. Salah satu benda yang Cik Piah terjumpa adalah ini:
Ini pula skala bagi 'audience'. 'Audience' atau dalam Bahasa Malaysia adalah penonton merupakan orang yang melihat blog sepi Cik Piah ini. Cik Piah sangat teruja kerana penonton Cik Piah bukan saja dari Malaysia malah dari luar negara pun ada.hihihihi. Cik Piah harap Cik Piah dapat terus mengembangkan blog Cik Piah yang tak seberapa ini. Bertambah pula dengan Cik Piah yang memang tidak berapa nak kreatif dalam membina ayat cinta ini. Pesanan Buat Diri Sendiri, Selamat Maju Jaya!
0 comments:
Post a Comment