Friday, 4 April 2014

TILIK NASIB

Sebelum pergi kerja, jika berkesempatan selalunya Cik Piah akan menonton TV sebentar bagi mengikuti rancangan Bismillah yang disiarkan di 'Channel' TV3 setiap jam 6.30 pagi hingga 7.00 pagi. Baru-baru ini rancangan Bismillah telah membincangkan topik yang sangat menarik perhatian iaitu "TILIK NASIB".

Umumnya apabila disebut tilik dengan tilik nasib semestinya kita tidak kira bangsa, keturunan dan juga agama sudah pastinya mengetahui tentang hal ini. Malaysia dan juga tidak kira tempat mempunyai pelbagai kepercayaan dan juga agama. Bagi sesetengah agama yang lain tilik nasib merupakan salah satu perkara yang dijadikan sebagai satu kepercayaan.

Agama Buddha contohnya, sangat mempercayai akan perbuatan tilik nasib ini. Apa yang akan berlaku masa sekarang dan yang akan datang juga dilihat melalui tilik nasib. Kebiasaanya tilik nasib ini sering menggunakan kad yang dicabut ataupun apa sahaja benda yang boleh dikaitkan dengan mereka.

Namun, bagi agama Islam pula tilik nasib merupakan salah satu perbuatan khurafat yang harus kita jauhi. Pelbagai implikasi negatif yang akan berlaku sekiranya kita mengamalkan perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam ini.

Antara implikasinya adalah akan merosakkan akidah kita sebagai umat Islam khususnya. Walaupun terdapat segelintir masyarakat Melayu kita masih lagi mempercayai perbuatan ini, namun tanpa mereka sedari sebenarnya mereka telah pon membawa diri kepada satu dimensi yang akan merosakkan diri mereka sendiri.  Apabila mereka mempercayai sesuatu yang belum tentu pasti lagi , sebagai contohnya, 'Pak Man telah pergi menilik nasib, tabib penilik nasib itu telah menyatakan bahawa Pak Man akan ditimpa kecelakaan dan ditimpa kemiskinan pada suatu hari nanti', maka dengan itu Pak Man terus mempercayai apa yang dikatakan oleh tabib itu dan hidup dalam kerisauan tanpa menyerahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa. Hal ini menunjukkan bahawa sedikit sebanyak tanpa disedari Pak Man telah mempercayai sesuatu yang khurafat.

Selain itu juga, menilik nasib ini juga akan menyebabkan berlaku permusahan dalam kalangan kita. Sebagai contoh jika seseorang itu pergi menilik nasib akibat ditimpa musibah, dan tabib penilik nasib telah menyatakan bahawa musibah yang ditimpa adalah disebabkan perbuatan khianat orang yang terdekat, hal ini sudah pastinya mengundang permusuhan di antara dua individu. Pastinya di antara dua pasti ada yang ketiga iaitu syaitan. Ia pasti gembira apabila melihat di antara manusia yang saling bertelingkah disebabkan pekara yang belum tentu kebenarannya.

Jesteru itu, segala pergantungan kita haruslah hanya pada Allah SWT. Jangan kita merosakkan segala amalan baik yang telah kita laksanakan disebabkan kepercayaan kita kepada perkara  yang tidak sepatutnya. Apa juga yang berlaku merupakan ujian dan juga kifarah untuk kita. Segala yang baik datangnya dari Allah SWT dan segala yang lemah datang dari diri kita sendiri.

*Ilmu yang ada dikongsi bersama*


0 comments: