Assalammualaikum.. Salam hamba hulur tanda ingatan
Holla semua!
Yuhu, sekian lama tidak mengupdate sebarang entry kat halaman cik piah ni, arini cik piah nak kongsi satu lagi ilmu dengan anda semua especially, kepada semua rakan sejawat dengan cik piah.
Anda semua, terutama rakan-rakan seangkatan dengan cik piah mesti sangat-sangat familiar dengan fail meja ni, anda semua harus ada fail meja tersendiri. Apa itu fail meja?
Fail meja adalah merupakan dokumen rujukan bagi peringkat individu/jawatan. Dokumen ini juga mengandungi
1.carta jabatan/pejabat yang menunjukkan kedudukan individu dalam jabatan/ pejabat tersebut
2. Objektif jabatan dan bahagian di mana individu ini ditempatkan
3. Prosedur kerja yang terlibat dalam jawatan individu berkenaan.
Tujuan utama fail meja diwujudkan adalah apabila mereka jelas mengenai arah tuju jabatan/pejabat dan juga mengenai peranan yang perlu dilaksanakan serta mempunyai garis panduan yang lengkap bagi menjalankan tugas, segala tugas yang mereka jalankan dapat dilakukan dengan cekap dan sempurna serta dapat mengelakkan kelewatan dalam menyelesaikan sesuatu kerja. Fail Meja dapat meyumbang kepada peningkatan kecekapan serta keberkesanan jabatan/pejabat.
jom kongsi!
Antara isi kandungan yang terdapat di dalam sebuah fail meja.
*Untuk maklumat lebih lanjut dan mendapatkan contoh fail meja yang lengkap sila tinggalkan komen anda berserta dengan alamat email.
Selamat Maju Jaya Semua!