Tuesday, 22 April 2014
FAIL MEJA PEMBANTU MAKMAL SEKOLAH GRED C 17
Posted by cik nazirah at 9:31:00 am 41 comments
Tuesday, 15 April 2014
UNTUKMU- FEMININ
holla semua!.
Posted by cik nazirah at 10:26:00 am 0 comments
Monday, 14 April 2014
DISETIAP PAGIKU
Posted by cik nazirah at 7:55:00 am 0 comments
Wednesday, 9 April 2014
MAKMAL - AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Dan yang paling sadis sekali adalah kami. Dengan keadaan yang sebegitu rupa, bangunan kami terpaksa di tutup saluran elektrik bagi mengelakkan berlakunya litar pintas. Kami terpaksalah berpanas. Keadaan sebegini berlanjutan sehingga lebih kurang seminggu lebih. Macam sauna pun ada.
Disebabkan banjir yang berlaku, bangunan kami telah di tumbuhi dengan kulat. Pertumbuhannya sangatlah pesat. Kalau tidak percaya cuba tengok gambar di bawah ini.
Betulkan, ngeri betul Cik Piah tengok benda itu.
dan cuba tengok gambar dekat bawah ini, itulah saluran elektrik. Air yang banjir itu telah turun dari tingkat tiga ke tingkat dua melalui saluran elektrik. Bahaya sangat-sangat kalau macam itu kerana air merupakan pengalir elektrik yang sangat-sangat baik.
Jadi sewaktu cuti sekolah inilah antara aktiviti yang kami lakukan iaitu kerja-kerja pembersihan. Kalau ikutkan mahu saja minta ganti rugi daripada orang yang sepatutnya yang mendatangkan masalah ini.
rakan-rakan sekerja yang bersama-sama bertungkus lumus membersihkan bilik stor makmal. |
Kerja-kerja pembersihan ini memakan masa lebih agak lama. Selain itu, kami juga membuat keceriaan mural dan lain-lain lagi untuk menaik taraf makmal sekolah. Tapi tidaklah sehingga mencapai sasaran makmal lima bintang.
Sekian..
SELAMAT MAJU JAYA SEMUA.
Posted by cik nazirah at 8:55:00 am 0 comments
Friday, 4 April 2014
Riang Ria
Posted by cik nazirah at 3:02:00 pm 0 comments
Ustaz Haslin Bahrin - 11 Februari 2014
Ustaz Haslin Baharin juga kini muncul dalam rancangan 'Anta Tanya Ana Jawab' siaran Astro Oasis 106 ,bergabung bersama Angah Raja Lawak'.
Posted by cik nazirah at 9:22:00 am 0 comments
TILIK NASIB
Jesteru itu, segala pergantungan kita haruslah hanya pada Allah SWT. Jangan kita merosakkan segala amalan baik yang telah kita laksanakan disebabkan kepercayaan kita kepada perkara yang tidak sepatutnya. Apa juga yang berlaku merupakan ujian dan juga kifarah untuk kita. Segala yang baik datangnya dari Allah SWT dan segala yang lemah datang dari diri kita sendiri.
*Ilmu yang ada dikongsi bersama*
Posted by cik nazirah at 7:51:00 am 0 comments
Thursday, 3 April 2014
TAMAN TASIK SEREMBAN
Posted by cik nazirah at 2:32:00 pm 0 comments
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
" Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yng tak ada apa-apa?"
"Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu. Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang saja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas."
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakan cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah ketua kumpulan gengster!
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20 Episod 21 Episod 22
Episod 23 Episod 24 Episod 25 Episod 26 Episod 27 Episod 28 Episod 29
Episod 30 Episod 31 Episod 32 Episod 33 Episod 34 Episod 35 Episod 36
Episod 37 Episod 38 Episod 39 Episod 40 Episod 41 Episod 42 Episod 43
Episod 44 Episod 45 Episod 46 Episod 47 Episod 48 Episod 49 Episod 50
Episod 51 Episod 52 Episod 53 Episod 54 Episod 55 Episod 56 Episod 57
Episod 58 Episod 59 Episod 60 (final)
Posted by cik nazirah at 11:32:00 am 0 comments
Matlamat dan Kehidupan
- Orang ini berjiwa tenang. Fizikalnya memang tidak sihat tetapi hatinya tidak pernah sakit. Dia mengucap syukur pada kecemerlangan orang dan berbangga dengan kejayaan orang. Dia ikhlas kalau memuji dan diam tatkala patut mengeji.
- Orang ini adalah golongan abnormal. Jiwanya sakit lantaran psikologi dirinya bermasalah. Jiwanya bergelora. Susah hati dengan kesenangan orang tetapi dita tidak pula mahu berusaha keras sebagaimana orang itu. Mindanya asyik memikir bagaimana, kenapa, apa di mana, siapa dan bila kepada orang lain, bukan kepada dirinya sendiri. Golongan ini sebenarnya sakit walaupun fizikalnya kelihatan sihat, Hidup sebagaimana orang lain tetapi hatinya berkocak dan bergelora memikirkan hal orang lain.
Posted by cik nazirah at 7:10:00 am 0 comments
Wednesday, 2 April 2014
▶ Projek Memikat Suami (2014) Episod 13 Akhir - Video Dailymotion
▶ Projek Memikat Suami (2014) Episod 13 Akhir - Video Dailymotion
Posted by cik nazirah at 9:52:00 am 0 comments
OVERVIEW, TRAFFIC SOURCES DAN AUDIENCE BLOG SECUPAKSIREH
SECUPAK SIREH - Blog Yang Sepi-
Alkisahnya selepas Cik Piah siap membina blog secupaksireh ini Cik Piah aktif sekejap saja. Ketika itu, Cik Piah kekurangan idea untuk dikongsikan di dalam blog ini. Blog ini terbiar sekian lamanya hampir setahun lebih jugalah. Baru-baru ini Cik Piah ada membina blog baru iaitu hahabalqisyah.blogspot.com. Kenapa Cik Piah bina blog baru menggunakan nama hahabalqisyah adalah kerana Cik Piah mendapat ilham untuk menggunakan nama anak-anak buah Cik Piah. Haha dan Balqisyah merupakan 2 orang yang berbeza. Tetapi kedua-dua anaknya adalah anak buah yang Cik Piah sayang sangat-sangat.
Haha atau nama sebenarnya Nurshahadiatul Nafisah Sahidah atau panggilan nama pendeknya Haha merupakan anak buah Cik Piah yang ke enam. Dilahirkan pada 14 September 2012 sekarang sedang membesar dengan aktifnya. Manakala Balqisyah pula atau nama sebenarnya Iman Nuraila Balqisyah telah lahir pada 27 Januari 2010. Cik Piah panggil dia dengan panggilan Iman. Anak buah Cik Piah yang ke dua.
Kenapalah Cik Piah susah-susahkan diri asyik buat blog sajakan. Ini adalah kerana Cik Piah hendak kurangkan masa Cik Piah bermuka buku. Lagi-lagi perkhidmatannya telah disekat. Jadi memang tidak boleh buka. Oleh itu, Cik Piah mengambil keputusan untuk membina semula blog. Pada mulanya Cik Piah ingin mengaktifkan semula blog secupaksireh ini. Tetapi malangnya Cik Piah boleh terlupa pulak apa email dan kata laluannya. Almaklumlah dah tua. Memang Cik Piah ini kategori yang mudah lupa kerana selalu minum berulam semut hihihi..
Setelah hampir sebulan Cik Piah membina blog baru, pada suatu petang ketika ditugaskan untuk membantu menjaga pejabat di sebelah petang, Cik Piah dengan bantuan kawan Cik Piah pun mencuba untuk mengaktifkan balik blog lama Cik Piah (secupaksireh.blogspot.com). Cuba dan terus mencuba dengan pelbagai kata laluan yang Cik Piah masukkan akhirnya berjaya. Alhamdulilah. Syukur Allah.
Cik Piah pun mulalah menyelongkar balik blog Cik Piah yang sudah lama sepi ini. Sepi sekali. Salah satu benda yang Cik Piah terjumpa adalah ini:
Ini pula skala bagi 'audience'. 'Audience' atau dalam Bahasa Malaysia adalah penonton merupakan orang yang melihat blog sepi Cik Piah ini. Cik Piah sangat teruja kerana penonton Cik Piah bukan saja dari Malaysia malah dari luar negara pun ada.hihihihi. Cik Piah harap Cik Piah dapat terus mengembangkan blog Cik Piah yang tak seberapa ini. Bertambah pula dengan Cik Piah yang memang tidak berapa nak kreatif dalam membina ayat cinta ini. Pesanan Buat Diri Sendiri, Selamat Maju Jaya!
Posted by cik nazirah at 7:19:00 am 0 comments
Tuesday, 1 April 2014
RAHSIA SEEKOR AYAM & SALMONELLA
- Daging yang tidak masak, makanan laut dan ayam : Pencemaran sering berlaku ketika penyembelihan dan juga proses sebelum memasak. Membiarkan ayam terdedah begitu lama boleh menyebabkan bakteria Salmonella bertindak aktif. Menangkap makanan laut di kawasan air yang tercemar juga merupakan salah satu faktor utama.
- Telur yang tidak masak : Bakteria Salmonella biasanya wujud di dalam telur jika ayam tersebut telah dijangkit. Telur mentah boleh didapati di dalam beberapa jenis makanan seperti mayonis dan juga sos buatan sendiri.
- Sayur-sayuran dan juga buah-buahan : Jika sayur-sayuran dan buah-buahan di basuh dengan air yang telah tercemar, kebarangkalian untuk tercemar juga adalah tinggi. Sesetengah tukang masak juga mungkin akan menyebabkan pencemaran buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebagai contoh, memegang sayur-sayuran tanpa membasuh tangan selepas memotong daging.
Posted by cik nazirah at 10:44:00 am 0 comments
RAHSIA DISEBALIK WARNA
HIJAU
- Mengambarkan seseorang yang mementingkan kesejahteraan dan suasana yang harmoni.
- Mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan mampu membina perhubungan dengan ramai orang.
- Seseorang yang inginkan dorongan daripada orang lain
- Mahu diberikan sokongan serta dapat memahami dirinya dan menolak dirinya maju kehadapan
- Sesorang yang sentiasa memelihara institusi kekeluargaan untuk difikirkan dan dibicarakan
- Warna Kuning menggambarkan seseorang itu mempunyai fikiran yang terbuka dan ceria.
- Mempunyai daya imaginasi yang terbaik dan bertanggungjawab pada keperluan diri dan orang lain.
- Mempunyai sikap yang sensitif dan penyayang
- pentingkan keselamatan dan keselesaan dalam aspek kehidupan
BIRU
- Warna biru mengambarkan seseorang yang suka kepada hubungan atau ikatan yang mesra.
- Sentiasa memerlukan pengisian yang lebih rapat bagi menghidupkan kasih sayang yang ikhlas ke dalam dirinya.
- Seseorang yang peka kepada perasaan orang lain dan dapat menghayatinya.
- Suka berbicara dan lebih terbuka bagi membina kenalan baru namun berhati-hati dalam memulakan langkah yang lebih yakin.
- Seseorang yang bijak mentaksir dan mengatur bahasa kita.
- Seseorang yang sentiasa impikan kedamaian dan keharmonian
MERAH
- Mengambarkan seseorang yang inginkan kebebasan dan mahu mengejar kejayaan dalam hidup.
- Sesorang yang ingin mencari kemajuan dan pembaharuan dalam pemikiran dan aktiviti.
- Seseorang yang mempunyai sikap degil atau hatinya keras dalam menerima sesuatu yang bertentangan dengan pendiriannya.
- Seseorang yang optimis dan lantang dalam menyuarakan pendapat.
UNGU
- Mengambarkan seseorang yang memiliki minda yang tinggi.
- Daya penilaian yang tinggi dan berpandangan jauh.
- Suka kepada sokongan dan keceriaan
- Mempunyai cita-cita yang tinggi dan berasa kecewa dengna sikap orang di sekeliling
- Sangat kreatif dan suka kepada keindahan seni serta berjiwa halus
- Minat kepada keindahan alam dan muzik.
- Mempunyai daya kepimpinan yang menarik.
INDIGO
- Mengambarkan seseorang yang suka berfikir dan banyak bercakap
- Memiliki bakat kepimpinan yang berpandangan jauh.
- Bijak menggunakan kepekaan dan pemikaran yang seimbang dalam menilai sesuatu
- Mementingkan keselamatan dan berhati-hati dalam tindakan.
- Keunikan warna indigo adalah mempunyai daya tarikan dan kreatif menggunakan gaya dan cara yang tersendiri.
- Tidak suka menonjolkan diri dan berminat serta cenderong kepada kerohanian dan seni.
JINGGA
- Seseorang yang bagus dalam hal pekerjaaanya
- Su ka memberi idea baru
- Suka bersama kawan-kawan
- Seseorang yang setia, bertenaga dan kreatif.
- Sangat beremosi dan kurang keyakinan apabila menghadapi tekanan.
Posted by cik nazirah at 10:01:00 am 0 comments